Pemimpin veteran, anak muda satu gandingan hebat - Syed Saddiq

Syed Saddiq (duduk) bersama antara peminat yang hadir semasa sesi temu mesra pada Sabtu
Syed Saddiq (duduk) bersama antara peminat yang hadir semasa sesi temu mesra pada Sabtu
A
A
A

PUTRAJAYA - Politik Malaysia memerlukan pemimpin veteran dan anak muda supaya menjadi gandingan hebat untuk berbakti kepada negara.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kedua-dua generasi tersebut perlu diberi peluang untuk bekerjasama bagi mengimbangi politik di negara ini.

Menurutnya, perkhidmatan pemimpin dalam politik Malaysia tidak mengira latar belakang dan peringkat umur.

Syed Saddiq meluangkan masa berbual dengan peminat semasa sesi temu mesra bukunya ‘Jalan Tegak’ pada Sabtu.
Syed Saddiq meluangkan masa berbual dengan peminat semasa sesi temu mesra bukunya ‘Jalan Tegak’ pada Sabtu.

“Bagi saya untuk kita seimbangkannya, kita perlu pemimpin veteran yang boleh beri peluang, mendidik atau menjadi mentor kepada anak muda.

“Pada masa sama juga, kita perlu anak muda yang berani, berfikiran di luar kotak, kreatif dan berinovatif.

“Saya rasa gandingan ini merupakan gandingan terbaik dan saling melengkapi antara muda dan tua,” katanya semasa sesi Temu Mesra Penulis di kedai buku Popular di pusat beli-belah, di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq ketika sesi temu mesra bagi mempromosi bukunya 'Jalan Tegak' di sebuah kedai buku Popular pada Sabtu.
Syed Saddiq ketika sesi temu mesra bagi mempromosi bukunya 'Jalan Tegak' di sebuah kedai buku Popular pada Sabtu.

Naskhah bertajuk Jalan Tegak merupakan karya keluaran Buku Umum, Kumpulan Karangkraf yang mula berada di pasaran sejak awal Jun lalu.

Tambah Syed Saddiq, realiti politik kini memerlukan individu untuk bertindak bagi memperbaiki hala tuju negara.

Ujarnya, kumpulan politik lebih muda perlu bertindak sekarang supaya negara bakal diwarisi dengan lebih baik, bermaruah dan berintegriti.

“Saya harap ia (buku Jalan Tegak) dapat membuka mata anak-anak muda.

“Masa depan kita, masa depan negara ini akan diwakili dengan anak muda kini,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!