Kanak-kanak lelaki mandi sungai ditemukan lemas

Mangsa, Mohd Aqil Rifqi Mohd Mazri, 11, dijumpai oleh orang awam sekitar jam 11 pagi pada Sabtu.
Mangsa, Mohd Aqil Rifqi Mohd Mazri, 11, dijumpai oleh orang awam sekitar jam 11 pagi pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Kelantan berhampiran Jeti Pokdin di sini pada Jumaat.

Mangsa, Mohd Aqil Rifqi Mohd Mazri, 11, dijumpai oleh orang awam sekitar jam 11 pagi pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penguasa Bomba Kanan II, Nazdy Mohd Noor berkata, mayat kanak-kanak lelaki terbabit ditemukan pada jarak 70 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan mandi bersama rakan-rakan sebelum dipercayai lemas.

"Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Kelaboran untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.53 pagi.

Ujarnya, seramai enam anggota telah ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!