Malaysia #QuranHour 2024 pupuk semangat patriotik komuniti

Malaysia #QuranHour 2024 bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara menerusi Surah Al-Jumu’ah dan Al-Hujurat. Gambar kecil: Azlie
Malaysia #QuranHour 2024 bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara menerusi Surah Al-Jumu’ah dan Al-Hujurat. Gambar kecil: Azlie
A
A
A

SHAH ALAM - Penyertaan komuniti di Malaysia #QuranHour 2024 anjuran Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) sebagai inisiatif untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan penduduk setempat.

Timbalan Pengerusi Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa, Datuk Azlie Halim berkata, kitab suci tersebut dijadikan fahaman atau didikan yang penting dalam kehidupan harian manusia.

“Lebih-lebih lagi sempena hari kemerdekaan kali ini yang selaras dengan pemilihan dua surah ditetapkan.

“Jadi, itu pun memainkan peranan untuk suntikan semangat kepada semua orang yang menyertai sekali gus membuatkan mereka lebih cinta akan negara serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Malaysia #QuranHour 2024 bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara menerusi Surah Al-Jumu’ah dan Al-Hujurat.

Ia akan berlangsung selama satu jam bermula 10 pagi di lokasi utama iaitu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 30 Ogos ini.

Malaysia #QuranHour 2024 tersebut turut diadakan serentak di seluruh negara dengan penyertaan dibuka kepada segenap lapisan masyarakat.

Tambah Azlie, program tersebut akan dilaksanakan dengan aktiviti sampingan seperti khatam al-Quran antara penduduk setempat.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, selain menerima manfaat besar menerusi program Malaysia #QuranHour, komuniti berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

“Kami memang sertai semua program seperti World #QuranHour anjuran WUIF dan menjadikannya sebagai platform untuk merapatkan hubungan antara penduduk di sini.

“Memandangkan 30 Ogos nanti adanya solat Jumaat, jadi pihak masjid masih mencari penyelesaian untuk mengadakan program tersebut pada sebelah pagi,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!