KWC rai kemerdekaan lancar KWC Fashion Walk

Semua peserta hadir berpakaian tradisional dengan sentuhan moden, ada mengenakan sarong, batik, ceongsam dan sari.
Semua peserta hadir berpakaian tradisional dengan sentuhan moden, ada mengenakan sarong, batik, ceongsam dan sari.
A
A
A

KWC Fashion Wholesale (KWC) meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-67 dengan melancarkan KWC Fashion Walk bagi mempamerkan pakaian tradisional Malaysia dan mempromosikan pusat beli-belah itu sebagai destinasi utama untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Wakilnya, Wendy Lam berkata, peserta yang menyertai acara Keretapi Sarong pada 14 September ini dan orang ramai boleh mendapatkan pakaian, aksesori, bag, kasut dan sebagainya di KWC.

"Semuanya ada di KWC, kami merupakan pusat beli-belah berkaitan fesyen borong pertama di negara ini yang menawarkan koleksi terbesar dan komprehensif meliputi fesyen, aksesori serta barangan keperluan lain yang dijual pada harga yang menarik.

Antara busana diperagakan di KWC Fashion Walk.
Antara busana diperagakan di KWC Fashion Walk.

"Acara ini merupakan kerjasama TikTok Shop Malaysia dengan sokongan bersama LOCCO Keretapi Sarong 2024, raikan hari Merdeka dengan gaya bersama KWC. Terima kasih kepada lebih 200 kehadiran mewarnai majlis," katanya ketika majlis KWC Fashion Walk di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad di sini pada Sabtu.

Selain pertunjukan fesyen, acara tersebut turut dihiburkan dengan persembahan kompang dan tarian tradisional serta Joget Lambak oleh Zin Zeena dan Zin Ery.

Wendy berkata, persembahan lebih 10 busana pelbagai etnik dan rekaan bertemakan 'Tradisi Kita' itu bertujuan merayakan keunikan budaya Malaysia yang penuh warna dan gaya.

Semua peserta hadir berpakaian tradisional dengan sentuhan moden, ada mengenakan sarong, batik, ceongsam dan sari serta 10 pemenang dinobat Anugerah Pakaian Terbaik dengan membawa pulang baucar tunai bernilai RM50 setiap seorang.

Artikel Berkaitan:

Model memperagakan koleksi busana tradisional di KWC Fashion Walk.
Model memperagakan koleksi busana tradisional di KWC Fashion Walk.

Majlis berkenaan turut melancarkan pertandingan fotografi yang boleh disertai peserta yang hadir.

KWC mempunyai lebih daripada 800 kedai menawarkan pelbagai rekaan baju tradisional, pakaian Muslimah, fesyen kanak-kanak dan aksesori pakaian yang berkualiti pada harga yang berpatutan di bawah satu bumbung.

Di KWC, terdapat pelbagai jenis pakaian yang menggabungkan klasik era 90-an dengan sentuhan moden seperti tudung, jubah, blaus, selendang sulaman, fabrik tenunan brokat berserta aksesori yang kini jarang-jarang ditemui.

Pusat beli-belah tersebut turut menawarkan pelbagai tona warna dan motif kebaya, sulaman yang mengikut cita rasa tersendiri. Terdapat kebaya nyonya dengan corak rekaan yang tersendiri seperti flora dan fauna, sulaman, corak kerawang dan lain-lain.

Kebaya nyonya merupakan pakaian yang masih dipakai oleh masyarakat Malaysia sehingga hari ini kerana keunikan dan perincian yang terdapat padanya.

Selain pakaian, KWC juga menawarkan pilihan makanan tempatan dan minuman semasa membeli-belah kelengkapan dapur dan hiasan rumah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!