Amirudin mahu Selangor FC bawa pulang Piala FA

Amirudin (depan; dua dari kiri) bersama para pemain dan pengurusan Selangor FC. Foto Instagram Amirudin Shari.
Amirudin (depan; dua dari kiri) bersama para pemain dan pengurusan Selangor FC. Foto Instagram Amirudin Shari.
A
A
A

MENTERI Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada aksi final menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong untuk membanjiri stadium dan menjadi pemain ke-12, yang memberikan sokongan tanpa henti bagi membangkitkan semangat perjuangan skuad Gergasi Merah.

Amirudin juga telah bertemu dan berkongsi amanat dengan pemain, serta pengurusan pasukan dan yakin kejayaan boleh diraih.

"Saya tidak dapat bersama pasukan di Stadium Bukit Jalil malam ini. Saya perlu berada di Kuching bagi acara penutup Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

"Insya-ALLAH, doa dan sokongan saya sentiasa bersama Selangor FC di mana sahaja saya berada. All the best Red Giants, selamat berjuang dan berjaya untuk merangkul Piala FA," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Kali terakhir Selangor FC mara ke final Piala FA ialah pada 2018, namun terpaksa akur bergelar naib juara setelah tewas kepada Pahang 0-2.

Selangor yang bergelar juara lima kali trofi tersebut sebelum ini menjulang piala tersebut pada 2009 selepas menumpaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar.

@sinarharianonline

Amirudin mahu Selangor FC bawa pulang Piala FA #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #SelangorFC #JDT #AmirudinShari #MB #PialaFA

Artikel Berkaitan:

News - ComaStudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!