Tangki septik tiba-tiba meletup

Seorang ibu dan tiga anaknya melayang ke udara selepas jalan yang dilalui mereka meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Kaijiang County, Sichuan, China, Isnin lalu.
Seorang ibu dan tiga anaknya melayang ke udara selepas jalan yang dilalui mereka meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Kaijiang County, Sichuan, China, Isnin lalu.
A
A
A

SICHUAN - Seorang ibu dan tiga anaknya tercampak ke udara dalam kejadian letupan melibatkan tangki septik dipercayai akibat bunga api di Kaijiang County, Sichuan, China, Isnin lalu.

Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, memaparkan empat beranak itu sedang berjalan di lokasi kejadian sebelum salah seorang kanak-kanak dilihat membongkok.

Kemudian berlaku letupan kuat yang menyebabkan pecahan konkrit dan mengeluarkan asap serta debu, lapor Daily Star.

Biro Keselamatan Awam Kaijiang, Zeng Shuguang mengesahkan kejadian tersebut dan salah seorang daripada anak wanita itu difahamkan cedera parah.

"Salah seorang daripada kanak-kanak itu dilaporkan mengalami kecederaan kritikal yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

"Siasatan awal mendapati bunga api kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke dalam sebuah tangki septik dipercayai menjadi punca letupan tersebut namun siasatan terperinci masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!