Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di Gaza, ramai terkorban

Israel terus melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata dilaksanakan. Foto AFP
Israel terus melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata dilaksanakan. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pengeboman itu menyebabkan ramai terkorban dan cedera, dengan mangsa dihantar ke Hospital Al-Aqsa.

Israel terus melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata dilaksanakan dengan segera.

Serangan berterusan itu telah mengorbankan lebih 40,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 93,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sekatan berterusan ke atas Gaza telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang akut yang dialami penduduk wilayah itu.

Israel menghadapi tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan operasi ketenteraan dihentikan di bandar Rafah di selatan.

Lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan di sana sebelum kawasan itu diceroboh pada 6 Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!