Tujuh suspek pecah masuk tadika, sekolah agama dicekup

Aidi Sham menunjukkan barang kes pecah masuk Tadika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat.
Aidi Sham menunjukkan barang kes pecah masuk Tadika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat.
A
A
A

PORT DICKSON - Sebanyak lima kes pecah masuk melibatkan Tadika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat di daerah ini selepas tujuh suspek termasuk dua remaja ditahan Rabu lalu.

Semua suspek ditahan di dua lokasi berasingan di Port Dickson selepas polis menerima laporan kejadian pecah masuk di Tadika dan Sekolah Agama Rakyat Taman PD Utama pada 6 dan 7 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua lelaki itu termasuk remaja berusia 15 tahun dipercayai terlibat lima kes pecah masuk bangunan sejak dua bulan lalu.

"Seramai empat lelaki ditahan polis menyerbu sebuah apartmen di Jalan Pantai Port Dickson Rabu lalu sebelum kita mengesan dan menahan tiga lagi lelaki dipercayai terlibat dalam kes sama di sekitar Port Dickson dan Teluk Kemang.

"Polis turut menemui barang yang dicuri seperti alat pembesar suara, mesin 'laminate', mesin pencetak dan peti tunai besi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Aidi Sham menunjukkan barang kes pecah masuk Tadika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat.
Aidi Sham menunjukkan barang kes pecah masuk Tadika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lima daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan kesemuanya kini ditahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seramai tujuh lelaki berusia 25 hingga 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes curi rantai emas di sebuah kedai emas di Jalan Baharu, Pekan Port Dickson di sini, pada Rabu lalu.

Artikel Berkaitan:

Aidi Sham berkata, kesemua suspek ditahan sehari selepas kejadian di dua lokasi berasingan di Petaling Jaya, Selangor selain pihaknya turut merampas rantai emas yang dicuri.

"Dalam kes berkenaan suspek yang datang ke kedai emas itu pada jam 1.30 tengah hari berpura-pura mencuba beberapa rantai emas sebelum melarikan diri bersama barang kemas bernilai kira-kira RM35,000 dengan menaiki sebuah kereta.

"Suspek utama yang berusia 39 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan semakan mendapati suspek adalah individu dikehendaki bagi kes di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!