220 mangsa banjir Muallim, Larut Matang dan Selama dipindah ke tiga PPS

Keadaan rumah yang terjejas akibat kejadian kepala air petang Jumaat di Kampung Pasir, Ulu Slim, ketika tinjauan pada Sabtu. Foto Bernama
Keadaan rumah yang terjejas akibat kejadian kepala air petang Jumaat di Kampung Pasir, Ulu Slim, ketika tinjauan pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Seramai 220 individu daripada 59 keluarga di Muallim serta Larut Matang dan Selama (LMS) telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah berkenaan di sini, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, 188 mangsa melibatkan 48 keluarga ditempatkan di dua PPS di Muallim manakala 32 individu terdiri daripada 11 keluarga dipindahkan di sebuah PPS sekitar LMS.

"PPS di Muallim terdiri daripada PPS Masjid Jamek Kampung Pasir dan PPS Masjid Jamek Slim Village, manakala di LMS, ia dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang. Satu lagi PPS dalam daerah sama telah ditutup iaitu PPS di Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan mangsa banjir lumpur ekoran kejadian kepala air petang Jumaat ketika tinjauan pada Sabtu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Kampung Pasir, Ulu Slim. Foto Bernama
Keadaan mangsa banjir lumpur ekoran kejadian kepala air petang Jumaat ketika tinjauan pada Sabtu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Kampung Pasir, Ulu Slim. Foto Bernama

Kenyataan sama turut memaklumkan paras air di Sungai Slim, Slim River merekodkan tahap bahaya iaitu sekitar 26.29 meter berbanding tahap normal 23.5 meter, manakala 16 sungai lain di daerah Kinta, Perak Tengah, Muallim, Kuala Kangsar, Selama Kerian dan Bagan Datuk masih berada pada paras normal.

Sementara itu laluan A121 Jalan Slim River-Behrang Ulu di daerah Muallim terpaksa ditutup akibat jalan utama runtuh manakala FT 004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang Gerik-Jeli, hanya dibuka kepada satu lorong akibat tanah runtuh.

"Antara tindakan awal yang dilakukan di JRTB ialah membersihkan kawasan sekitar tanah runtuh yang menghalang laluan selain memasang alatan keselamatan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!