Tidak dibenarkan parkir di kawasan pejalan kaki Pantai Teluk Cempedak

Anggota penguat kuasa MBK meminta pemilik mengalihkan kenderaan mereka ketika melakukan rondaan. (Kanan:Tangkap layar beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan pejalan kaki di dataran Pantai Teluk Cempedak pada Sabtu.)
Anggota penguat kuasa MBK meminta pemilik mengalihkan kenderaan mereka ketika melakukan rondaan. (Kanan:Tangkap layar beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan pejalan kaki di dataran Pantai Teluk Cempedak pada Sabtu.)
A
A
A

KUANTAN - Individu yang meletakan kenderaan di kawasan pejalan kaki di sekitar dataran Pantai Teluk Cempedak boleh dikenakan kompaun.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Nor Hayatul Huda Othman berkata, kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.

"Tindakan kompaun boleh dikenakan di bawah undang kecil Undang-Undang Kecil Taman 2006," katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, tular sekeping gambar dimuat naik di group Warga Kuantan OFFICIAL yang memaparkan beberapa kenderaan diletakan di kawasan pejalan kaki di pantai terbabit.

Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya dan mendakwa individu tersebut tidak peka dengan keadaan kerana kawasan terbabit tidak dibenarkan untuk parkir.

"Cantiknya parking awak$&" kata Achin Zainal.

"Selamba ayam dia parking gitu," tulis Ainamagicaltouch Nayna Isabelle

Malah, pengguna laman sosial turut meminta agar pihak MBK menyaman mereka yang tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Mpv Mbk otw dah tuuuuu, baru je selisih kat depan taman kerang ni," tulis Siti Nur Syahiira.

Mengulas lanjut, Nor Hayatul Huda berkata, anggota penguat kuasa MBK telah membuat rondaan dan meminta pemilik kenderaan mengalihkan kenderaan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!