Piala FA: 'Rahsia' bilik persalinan pemain

JDT bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada edisi lalu. Selangor FC ada hajat besar untuk meraih Piala FA 2024. Foto FB MFL.
JDT bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada edisi lalu. Selangor FC ada hajat besar untuk meraih Piala FA 2024. Foto FB MFL.
A
A
A

DEBARAN final Piala FA 2024 yang menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar lagi kian dirasai.

'Rahsia' bilik persalinan kedua-dua pasukan didedahkan menjelang sepak mula pada jam 9 malam ini.

Safuwan Baharudin dijangka memakai lilitan kapten buat Selangor FC. Kapten JDT masih menjadi teka-teki. Foto FB MFL
Safuwan Baharudin dijangka memakai lilitan kapten buat Selangor FC. Kapten JDT masih menjadi teka-teki. Foto FB MFL

Skuad Harimau Selatan akan memperagakan jersi tradisi mereka merah biru, manakala pasukan Gergasi Merah pula dengan warna kebanggaan, merah kuning.

Strategi jurulatih mana yang lebih ampuh untuk merencana pasukan mereka meraih kejuaraan bakal diketahui sejurus wisel penamat dibunyikan pengadil.

JDT dibimbing Hector Bidoglio atau Nidzam Jamil pengendali tempatan yang melatih skuad Gergasi Merah yang bakal tersenyum dengan kejayaan pasukan mereka untuk membawa pulang Piala FA.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!