Remaja 17 tahun maut nahas dengan lori

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah tayar lori.
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah tayar lori.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori di Lorong She Chew Jetty, di sini pada petang Sabtu.

Mangsa dikenali Nur Farzana Ahmad Husaini,17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bawah tayar lori tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.03 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

"Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah tayar lori tersebut dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh keluarga.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!