‘Berunding elok-elok, jangan berselisih’ – Tok Mat

Datuk Seri Mohamad Hasan semasa sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN.
Datuk Seri Mohamad Hasan semasa sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Isu berkaitan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu dirunding secara tertib bagi mengelakkan perselisihan dalam kalangan anggota parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pihak juga perlu akur jika parti memilih calon kerana hanya yang terbaik akan diketengahkan.

“Insya-ALLAH, berunding elok-elok, cari calon yang baik. Orang tua-tua kata, berunding jangan selisih. Muafakat jangan bersanggah.

“Cari yang eloknya. Dah dapat yang elok, kita junjung dan harap beliau sebagai pengantin kita di (DUN) Mahkota.

“Boleh menang, tapi jangan terlampau yakin. Kerja mesti kuat dan pastikan bahawa segala yang nak dilakukan itu mendatangkan kebaikan kepada kita,” katanya semasa sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengingatkan semua jentera UMNO agar tidak terlalu yakin susulan kemenangan selesa melebihi 5,000 majoriti di DUN Nenggiri minggu lepas.

Jelasnya, walaupun menang di Nenggiri, kawasannya iaitu Parlimen Gua Musang kalah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

“Jadi, kita kena hati-hati. Jangan ingat menang 5,000, kita boleh senang-senang menang di Mahkota. Padangnya lain, belalangnya pun lain. Cara bermain pun lain.

“Jadi, turunlah ramai-ramai bantu. Namun, saya nak ingatkan jangan sekadar menyesakkan Pekan Kluang. Turun bekerja, jangan turun jadi pelancong politik,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!