Akta kawalan produk merokok masih peringkat akhir kelulusan AGC

Dzulkefly (tiga dari kanan) ketika Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil.
Dzulkefly (tiga dari kanan) ketika Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil.
A
A
A

BESUT - Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 masih di peringkat akhir mendapatkan kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya masih menunggu akta tersebut diluluskan AGC sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

"Kita menunggu saat-saat akhir sekarang ini untuk akta dengan lima peraturan dan satu perintah itu untuk diluluskan oleh AGC dan kita telah lama bersedia untuk melaksanakannya.

"Jadi Insya-ALLAH...kejadian-kejadian seperti itu (penjualan vape mesin layan diri) akan dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi.

"Sememangnya kita bercita-cita lebih awal lagi sebenarnya (laksanakan akta) tetapi apakan daya bukan segalanya (kuasa) terletak pada KKM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, pihaknya bekerjasama dengan jabatan lain sepeeti AGC kerana akta berkenaan adalah penting untuk ditelitikan secara lebih mendalam supaya Ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan keburukan.

Sebelum ini, tular di aplikasi X mengenai taktik penjualan rokok elektronik (vape) menerusi mesin layan diri.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KKM menetapkan undang-undang sekali gus memantau operasi mesin layan diri menjual (vape) di negara ini.

"Dalam penelitian itulah letaknya perkara-perkara boleh menjadi pertikaian.

"Jadi kita ambil sikap untuk memastikan akta itu diteliti secara lebih tuntas supaya tidak ada terlepas pandang lima peraturan dan satu perintah ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, berkata penggunaan rokok elektronik masih dikawal selia di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 buat masa ini.

"Selagi belum ada akta itu, kita akan terus menggunakan PPKHT 2004. Jadi tak ada istilah rehatnya pelaksanaan itu dan tak ada lompang untuk sesiapa pun melakukan sesuatu (penjualan vape) sebab ada peraturan dan perintah ini kerana kita masih ada PPKHT," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!