Penunggang motosikal terpelanting terkena tayar lori 'terbang'

Tayar sebuah lori yang terpelanting mengenai seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tayar sebuah lori yang terpelanting mengenai seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal cedera selepas terkena tayar lori yang terpelanting dalam kejadian di Jalan Syed Putra, di sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.46 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila tayar dari sebuah lori tercabut dan terpelanting lalu terkena motosikal dan kereta yang berada di belakang.

"Penunggang motosikal berusia 55 tahun mengalami kecederaan ringan dan masih dalam rawatan hospital.

"Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, satu video berdurasi 5 saat memaparkan kejadian itu yang dirakam kamera papan pemuka atau dashcam kereta salah seorang mangsa.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan penunggang motosikal terpelanting selepas tayar lori berkenaan 'merempuhnya' hingga akibatkan motosikal alami kerosakan dengan kesan pecah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!