Final Piala FA: JDT buka tirai jaringan
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membuka tirai jaringan menerusi Juan Muniz dalam aksi final Piala FA 2024 menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Jaringan tersebut terhasil pada minit ke-26 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti Selangor.
Muniz sebelum itu mempunyai dua peluang untuk meledak, namun gagal menemui sasaran.
Pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi meletakkan JDT selesa dengan dua jaringan sebelum menuju bilik persalinan.
Jaringan itu terhasil menerusi tandukan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran dari Oscar Arribas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!