Final Piala FA: JDT mula garang, dahului Selangor FC
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) boleh menarik nafas lega apabila berkelebihan dua jaringan pada babak pertama aksi final Piala FA 2024 menentang Selangor FC sebentar tadi.
Juan Muniz membuka tirai jaringan buat skuad Harimau Selatan menerusi sepakan percuma pada minit ke-26 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Muniz sebelum itu mempunyai dua peluang untuk meledak, namun gagal menemui sasaran.
JDT yang dibimbing Hector Bidoglio kemudian mengandakan jaringan menerusi pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi.
Jaringan tersebut terhasil menerusi tandukan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran dari Oscar Arribas.
Skuad Gergasi Merah yang turut menyusun gerak menyerang juga memiliki ruang untuk meledak gawang pasukan Harimau Selatan.
Namun percubaan Ronnie Fernandes gagal menemui sasaran dan keputusan pada separuh masa kedua kekal 2-0 berpihak kepada JDT.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!