Bapa, anak OKU ditemukan meninggal dunia dalam rumah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MUAR - Dua lelaki dipercayai bapa dan anak ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah di Sungai Abong, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, penemuan kedua-dua mayat berkenaan adalah hasil maklumat daripada orang awam mengenai bau busuk dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Polis mengesahkan mengenai penemuan mayat dua lelaki berusia 76 dan 37 tahun yang dipercayai merupakan bapa dan anaknya yang juga seorang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di Sungai Abong.

"Turut ditemukan adalah seorang wanita OKU berusia 44 tahun yang dipercayai merupakan anak kepada lelaki yang meninggal dunia.

"Ketika ditemui keadaan wanita berkenaan dalam keadaan lesu dan kelaparan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat dalam proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis turut menasihati orang rami agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa peka dengan komuniti kejiranan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!