PAU 2024: Dewan Merdeka hiba kenang nasib Najib

Perwakilan UMNO gagal menahan kesedihan mengenang nasib Najib. Foto SINAR HARIAN - ROSLI TALIB
Perwakilan UMNO gagal menahan kesedihan mengenang nasib Najib. Foto SINAR HARIAN - ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana hiba menyelubungi Perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ketika Pengerusi Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin berkongsi kisah tentang bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasib Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Badruddin turut meminta perwakilan yang berada di dewan tersebut mendoakan kesejahteraan buat bekas Perdana Menteri itu.

“Sahabatku bossku, setiap kali sahabatmu bersujud, sahabatmu ini sentiasa mendoakan (supaya) kamu dibebaskan.

Badruddin ketika berkongsi kisah tentang bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Badruddin ketika berkongsi kisah tentang bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama-samalah kita jangan berhenti berdoa supaya selamatkan hamba ALLAH yang teraniaya ini,” katanya pada Sabtu.

Najib yang juga bekas ahli Parlimen Pekan kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022 dan hukuman penjaranya telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!