'Saya tak gembira dengan keputusan ini' - Nidzam

Nidzam Jamil
Nidzam Jamil
A
A
A

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tidak gembira dengan kekalahan 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Menurutnya, ia keputusan yang agak mengecewakan namun perlu menghadapinya dan dalam masa sama membetulkan segala kelemahan yang ada.

"Tahniah untuk JDT. Ini refleks untuk kita nak betulkan banyak perkara. Keputusan ini sedikit sebanyak menonjolkan bagaimana kita perlu perbaiki untuk bersaing berada di tempat terbaik.

"6-1 sudah tentu kita tak gembira dan mengecewakan kita. Tetapi, kita kena lalui perkara ini dengan baik," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Selangor terpaksa akur dengan kualiti dimiliki JDT selepas tewas 1-6 dalam aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Gol JDT dijaringkan oleh Juan Muniz pada minit ke-26, 27 dan 89, Arif Aiman Hanapi (m-42) dan Bergson Da Silva (62) dan Heberty Fernandes (76) manakala gol saguhati Gergasi Merah dijaringkan oleh Alvin Fortes (59).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!