Angkara ketua kampung, penduduk berpakat serang rumah janda

Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
A
A
A

LUWU TIMUR - Tangisan pilu seorang isteri mengundang simpati penduduk kampung untuk membongkar kecurangan suaminya yang merupakan seorang kepala desa (Kades).

Mereka kemudiannya berpakat untuk membantu wanita itu yang curiga suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang janda sejak dua tahun lalu.

Serbuan mengejut itu dilakukan sekumpulan penduduk ke atas Kades dikenali sebagai RP malah insiden tersebut turut menjadi tular di media sosial pada awal minggu lalu.

RP dikatakan berada di rumah janda yang dikenali sebagai IH.

Berang dengan perbuatan curang RP, penduduk kampung tersebut bertindak mengusirnya dari pejabat di Desa Maramba, Kecamatan Wotu, Kabupaten Luwu Timur, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Keadaan bertukar kecoh kerana RP berkeras enggan meninggalkan pejabatnya meskipun penduduk berkenaan mengherdiknya kerana melanggar etika dan moral sebagai seorang ketua kampung.

Difahamkan, wakil penduduk desa itu turut mengemukakan surat mengandungi tandatangan komuniti setempat yang menuntut pemecatan RP. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!