Piala FA: Tiada insiden kekecohan libatkan penyokong Selangor, JDT

Situasi tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dengan JDT.
Situasi tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dengan JDT.
A
A
A

TIADA insiden tidak diingini berlaku selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, setakat perlawanan tamat, semua penyokong kedua-dua pasukan telah menunjukkan kerjasama kepada petugas keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Situasi tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dengan JDT.
Situasi tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dengan JDT.

"Pihak Polis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong kedua pasukan.

"Terima kasih di atas kerjasama sebelum, semasa dan selepas perlawanan," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu, Selangor FC tewas dengan jaringan enam gol berbalas satu.

Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 2,488 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan kedua-dua pasukan.

Polis telah memastikan kelancaran lalu lintas dan mengelakkan sebarang kekecohan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!