Dua maut, kereta langgar lori tepi jalan

Pemandu dan penumpang sebuah kereta maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan
Pemandu dan penumpang sebuah kereta maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan
A
A
A

KUANTAN - Pemandu dan penumpang sebuah kereta maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, pemandu kereta yang juga seorang mekanik, Zulkifli Mohamad,43, beralamat dari Perumahan Pandan Perdana di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Turut maut di lokasi, penumpangnya, Mohd Hairul Azlin Samud, 39 dari Felda Chini 1, Pekan.

Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu.
Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, maklumat pemandu lori belum diperoleh setakat ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Waja dinaiki kedua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori jenis Nissan yang diletakkan di bahu jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital.Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

"Kemalangan maut meragut dua nyawa itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!