MPS nafi beri kebenaran kutip dana

Kenyataan MPS dikongsi di laman Facebooknya.
Kenyataan MPS dikongsi di laman Facebooknya.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menafikan memberi kebenaran kepada mana-mana pihak menggunakan surat rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk mengutip dana.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS memaklumkan terdapat aduan penyalahgunaan surat rujukan MPS bertarikh 26 Oktober 2023 untuk membuat kutipan bayaran bagi program Penerapan Semangat Rukun Negara.

"Ingin ditegaskan bahawa MPS tidak pernah memberi sebarang kebenaran atau menjadi penganjur bersama dengan mana-mana pihak untuk program tersebut.

"MPS juga tidak pernah mengarahkan mana-mana kakitangan MPS untuk meminta sumbangan dana atau bayaran daripada pemilik perniagaan atau individu bagi tujuan penganjuran program di atas," menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat MPS pada 20 Ogos lalu berkaitan perkara tersebut.

"Mohon sekiranya ada pihak yang mungkin telah menjadi mangsa atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan perkara ini untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa atau menghubungi MPS di talian 03 6126 5824," tambah kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!