Manchester City pintas Brighton

Haaland meledak hatrik di Stadium Etihad. Foto Agensi
Haaland meledak hatrik di Stadium Etihad. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Erling Haaland menjaringkan hatrik ketika membantu Manchester City menang 4-1 ke atas kelab yang baru dinaikkan dari Liga Kejuaraan, Ipswich Town seterusnya mengangkat juara empat kali berturut-turut itu ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun angkatan Pep Guardiola terlebih dulu ketinggalan pada minit ketujuh apabila Ipswich memimpin permainan menerusi Sammie Szmodics sebelum Manchester City menjaringkan tiga gol dalam masa kurang daripada empat minit.

Haaland menyamakan kedudukan bermula dengan sepakan penalti minit ke-12, diikuti jaringan Kevin De Bruyne minit ke-14 sebelum bekas pemain kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund itu menambah dua lagi gol pada minit ke-16 dan minit ke-88.

Tiga mata diraih di Stadium Etihad menyaksikan angkatan Guardiola yang menang 2-0 ke atas Chelsea di London minggu lalu, memintas Brighton dikedudukan teratas liga menerusi perbezaan gol, yang menewaskan Manchester United 2-1 diikuti ketiga Arsenal yang menang 2-0 di Aston Villa.

“Musim lalu Haaland banyak bergelut terutamanya pada permulaan saingan liga.

"Malah, dia berasa letih dan sering gelisah pada ketika itu.

"Kali ini tanpa terlibat dengan Kejuaraan Euro 2024, dia tiba dengan sikap positif dan jumlahnya jaringan yang sukar dipercayai," katanya.

Manchester City selepas ini akan melakukan kunjungan ke atas West Ham United, yang menewaskan Crystal Palace, 2-0 di Stadium Selhurst Park di Stadium London pada 1 September.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!