Nidzam akui Selangor 'tempang' selepas Agyarkwa keluar padang

Pemain Selangor FC Alexander Agyarkwa Ameyaw mengasak pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama
Pemain Selangor FC Alexander Agyarkwa Ameyaw mengasak pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] JURULATIH Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tempo permainan anak buahnya terganggu selepas tonggak tengah Alexander Agyarkwa dikeluarkan, pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata, Agyarkwa merupakan ‘senjata’ bagi skuad Gergasi Merah untuk mengawal tekanan yang diberikan pasukan JDT, namun prestasi anak buah kendaliannya kelihatan semakin terganggu selepas ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu.

"Ya memberi kesan (selepas ketiadaan Agyarkwa), kita nak jadikan Alex sebagai senjata untuk keluarkan kita daripada tekanan pertama diberikan pasukan lawan, tapi dia tak dapat menghabiskan perlawanan,” katanya pada pemberita pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Selangor manamatkan babak pertama perlawanan 0- 2, Nidzam kemudian mengeluarkan Agyarkwa pada separuh masa kedua sebelum JDT menambah luka membenam Gergasi Merah dengan empat lagi jaringan.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, mahu bertanggungjawab dengan kekalahan yang disifatkan mengecewakan dilalui pasukannya itu.

Nidzam berkata, beliau akan memastikan Selangor akan terus layak ke final bagi mana-mana kejohanan akan datang, dalam usaha memastikan pasukannya itu berada di kedudukan terbaik dalam kancah Liga Malaysia.

"Berlawanan dengan pasukan yang matang (JDT) yang bermain perlawanan akhir setiap tahun sejak 10 tahun, kita tidak boleh ada kesilapan kecil, dan tak boleh pergi final dengan dengan satu fikiran yang hanya ingin mencuba.

"Kerana sebaik kita ada kesilapan sikit, mereka akan ketahui, jadi untuk berada sebaik pasukan mereka atau keluar daripada zon sekarang, Saya fikir kita kena selalu ada dalam final,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, skuad Gergasi Merah dibelasah Harimau Selatan 1-6 menerusi jaringan hatrik Juan Muniz, Arif Aiman Mohd Hanafi, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes manakala gol tunggal Selangor dijaringkan Alvin Fortes.

Ini merupakan kejayaan kedua JDT musim ini selepas turut dinobatkan sebagai juara perlawanan Sumbangsih pada Mei.

Kekalahan itu menyaksikan kemarau kejuaraan Selangor berterusan selepas kali terakhir menikmati kejayaan dengan memenangi Piala Malaysia pada 2015.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala FA ialah tahun 2009 selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan penalti. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!