Sze Fei-Nur Izzuddin unggul di Jepun

Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan prestasi cemerlang apabila mengungguli kejuaraan badminton Terbuka Jepun pada Ahad. Foto Agensi
Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan prestasi cemerlang apabila mengungguli kejuaraan badminton Terbuka Jepun pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan prestasi cemerlang apabila mengungguli kejuaraan badminton Terbuka Jepun pada Ahad.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Yokohama Arena, Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan juara dunia dan juga pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, 21-19, 21-15 dalam aksi 45 minit.

Dalam aksi separuh akhir sebelum ini, pilihan ke-12 dunia itu menewaskan beregu dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 21-19, 21-17.

Min-hyuk-Seung-jae pula menewaskan satu lagi wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Danial Martin, 12-21, 21-15, 21-19.

Ini merupakan kejuaraan Super 750 buat gandingan Flying Thunder yang mengakhiri kemarau 22 tahun beregu negara di kejuaraan tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!