Kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama UMNO, BN masih baik - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan dan kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama parti gabungannya UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih di tahap baik.

Beliau juga berkata, pada masa ini, kerjasama dengan UMNO adalah sangat memuaskan.

"Jadi untuk masa hadapan, itu kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU), yang memberi amaran supaya ahlinya tidak terbuai dengan fitnah dan tohmahan pihak lawan sehingga terbit rasa sangsi sesama sendiri.

Ketika menyampaikan ucapan dasar di hadapan lebih 2,000 perwakilan, Ahmad Zahid mahu setiap ahli dan peringkat kepimpinan termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuat parti agar UMNO kembali dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16.) - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!