Institusi Jurutera Malaysia sedia tawar kepakaran tangani insiden tanah jerlus

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong. Foto Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Institusi Jurutera Malaysia (IEM) sedia menawarkan kepakaran teknikal profesional yang diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk menangani insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu.

Presidennya, Dr Jeffrey Chiang Choong Luin berkata, kejadian itu menjadi peringatan terhadap aspek kepentingan kritikal untuk mematuhi piawaian kejuruteraan yang ketat dan amalan terbaik dalam reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan utiliti bawah tanah.

“IEM akan memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan badan kerajaan, industri profesional dan orang ramai untuk menegakkan standard tertinggi amalan kejuruteraan di Malaysia.

“Di samping itu, Institusi ini juga akan terus memberikan nasihat dan sokongan pakar untuk memastikan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, seorang wanita warganegara India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Seorang wanita warganegara India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.
Seorang wanita warganegara India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan telah memasuki hari ketiga dan kali ini pencarian ditumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan di persimpangan Jalan Melayu.

Artikel Berkaitan:

Jeffrey turut mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berhubung kejadian tanah mendap pernah dilaporkan berlaku berhampiran lokasi nahas, katanya, IEM menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk majlis tempatan serta kejuruteraan profesional menjalankan siasatan komprehensif dan telus.

“IEM menggesa agar tindakan segera diambil untuk menstabilkan kawasan terjejas dengan input daripada jurutera profesional dan mengkaji semula utiliti bawah tanah yang berdekatan untuk mengurangkan risiko. Institut ini turut sedia membantu dalam kerja-kerja penyiasatan.

“Dalam pada itu, IEM mencadangkan agar pemeriksaan dan langkah keselamatan lebih ketat dijalankan oleh jurutera profesional yang berkelayakan dalam reka bentuk, pembinaan dan penyeliaan semua kerja infrastruktur kritikal untuk mengelakkan kejadian sama berulang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!