Negara barat usah ajar dunia Islam erti demokrasi, hak asasi - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR, - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi, hak asasi dan kemampanan pembangunan.

Beliau berkata, negara barat sebaliknya perlu menghentikan usaha mengawal media antarabangsa, semata-mata demi mengetengahkan naratif yang tidak tepat mengenai peperangan di Gaza, Palestin.

Perdana Menteri berkata, negara barat juga perlu memperbetul naratif dan mengakui bahawa pergolakan di Palestin bermula dan berlarutan sejak 1948, dan bukannya bermula akibat serangan Hamas pada 7 Oktober.

"Kita perlu jelas dan tidak boleh ditentukan negara barat yang mahu memulakan naratif (serangan berterusan di Palestin bermula sejak tindakan ketenteraan Hamas) pada 7 Oktober lalu.

"Pemusnahan berterusan (di Palestin) berlaku sejak 1948, diikuti pencerobohan langsung ke Masjid al-Aqsa pada 1969. Malah, kini pemusnahan berterusan, sama ada infrastruktur atau manusia serta genosid. Ini yang berlaku,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!