Pengambilan kohort ketiga perlu ada tauliah mengajar Jabatan Mufti

Aminuddin (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sijil kepada penerima terlibat.
Aminuddin (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sijil kepada penerima terlibat.
A
A
A

TAMPIN - Calon berkelayakan bagi pengambilan kohort ketiga Program Isbat Negeri Sembilan perlu ada tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia merupakan antara penambahbaikan dari segi syarat berhubung program berkenaan.

"Kita telah melancarkan Program Isbat Negeri Sembilan pada 2021 dengan memberikan elaun bulanan sebanyak RM1,000 selama dua tahun kepada calon yang berjaya.

Aminuddin (duduk, tiga dari kanan) ketika hadir pada Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke 13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan pada Ahad.
Aminuddin (duduk, tiga dari kanan) ketika hadir pada Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke 13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan pada Ahad.

"Mereka ini akan diuji setiap enam bulan oleh Panel Isbat yang telah dilantik supaya kualiti hafazan penghafaz al-Quran ini masih berada di tahap yang ditetapkan sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat di daerah mereka berkhidmat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke-13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan pada Ahad.

Menurutnya, kohort pertama membabitkan 20 pemegang isbat, kohort kedua 40 orang dengan nilai tambah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menetapkan supaya setiap pemegang isbat menjalankan khidmat masyarakat di daerah-daerah yang ditetapkan di negeri ini.

"Taburan pemegang isbat mengikut daerah pula,Seremban seramai 10 orang, Port Dickson, Rembau, Jempol, Kuala Pilah, Jelebu dan Tampin masing-masing seramai lima orang.

Artikel Berkaitan:

Suasana ketika Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke 13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan pada Ahad.
Suasana ketika Majlis Istiadat Konvokesyen Khatam Hafaz Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Kali yang ke 13 bagi Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan pada Ahad.

"Pengambilan kohort ketiga dijangka pada bulan Jun tahun hadapan dengan penambahbaikan dari segi syarat antaranya perlu ada tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan," katanya.

Menurutnya, tindakan itu sebagai usaha kerajaan negeri dalam menyediakan asas yang kukuh kepada pembangunan potensi para penghafaz al-Quran yang seimbang dan optimum meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi meningkatkan kualiti hafazan penghafaz al-Quran.

Sementara itu dalam program berkenaan, seramai 29 siswa sesi pengambilan 2021/22 telah berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di institusi berkenaan.

"Dengan kejayaan ini, jelas membuktikan bahawa ITQAN mampu melahirkan graduan yang cemerlang dan mampu memberikan persaingan dengan institusi pendidikan ternama yang lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!