Biskut edisi Merdeka
Biskut ?Edisi Merdeka - paint your own cookie? ini dihasilkan oleh pengusaha bakeri, Arni Azreen Che Arifin, 33, dengan bertujuan mengajak orang ramai menunjukkan rasa cinta kepada negara terutama sepanjang bulan Kebangsaan dengan menterjemahkannya melalui dekorasi biskut mentega.
Menariknya, Edisi Merdeka itu yang bermula pada tahun lepas hanya dengan motif Jalur Gemilang, kini diperluaskan variasinya setelah mendapat sambutan memberangsangkan antaranya, bunga raya, figura bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mercu tanda Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan wau tradisional.
Baginya, Jiwa Merdeka yang merupakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) itu bersifat universal dan setiap warga ada cara tersendiri menzahirkannya dan kerana itu, pendekatannya menerusi ?Edisi Merdeka - paint your own cookie? yang bersifat interaktif dilihat dapat menarik minat anak muda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!