Edutainment Fest Simpan SSPN satukan dunia pendidikan, hiburan

Edutainment Fest Simpan SSPN bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.
Edutainment Fest Simpan SSPN bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Edutainment Fest Simpan SSPN dengan sokongan padu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berjaya menyatukan dunia pendidikan dan hiburan dalam satu pengalaman menyeronokkan dan bermanfaat.

Festival dibawa portal majalah, Pa&Ma, Bintang Kecil dan Keluarga di bawah Nu Ideaktiv ini bukan sekadar program hiburan, tetapi juga platform memupuk kesedaran kepentingan perancangan kewangan dan simpanan masa depan pendidikan anak-anak.

Festival hebat ini juga bertujuan untuk menggabungkan pendidikan dengan hiburan, menawarkan pelbagai bengkel interaktif, aktiviti dan persembahan untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun yang direka untuk mempromosikan pembelajaran melalui pengalaman yang menyeronokkan.

Syamil Fahim ketika menyampaikan ucapan sempena Edutainment Fest Simpan SSPN.
Syamil Fahim ketika menyampaikan ucapan sempena Edutainment Fest Simpan SSPN.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, pihaknya berbangga dapat menganjurkan Edutainment Fest SSPN kali ini.

Ujarnya, program tersebut bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

"Dengan sokongan daripada SSPN, kami percaya program ini akan memberi kesan positif yang mendalam, bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak mereka.

"Kami berharap agar semua peserta menikmati pengalaman ini dan mengambil manfaat daripadanya," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Syamil Fahim (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir dalam program dua hari ini
Syamil Fahim (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir dalam program dua hari ini

Terdahulu, Edutainment Fest Simpan SSPN berlangsung pada 24 dan 25 Ogos di Datum Jelatek dari jam 9 pagi sehingga 6 petang mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Antara selebriti yang turut memeriahkan festival kali ini ialah Uyaina Arshad, Syamel, Haziq Hussni, Mark Adam, Ika Nabella dan Dr Tengku Asmadi.

Kehadiran selebriti terbabit menambahkan lagi kemeriahan dan tarikan kepada festival sekali gus memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada semua pengunjung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!