Musim panas, monyet di zoo dapat hidangan bersalut ais

Zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
Zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.
A
A
A

KYOTO - Sebuah zoo di Wilayah Kyoto telah memberikan monyet-monyet hidangan bersalut ais untuk membantu mereka menyejukkan badan semasa cuaca panas terik musim panas.

Agensi berita The Kyoto Shimbun/Kyodo melaporkan bahawa monyet-monyet itu berebut-rebut mendapatkan makanan kegemaran mereka seperti epal, tembikai, dan jagung yang diletakkan dalam blok ais semasa acara tahunan musim panas pada 4 Ogos di Zoo Sandanike RAVIHOUSE di Fukuchiyama.

Sebanyak 34 ekor kera Jepun tinggal di salah satu kawasan pameran zoo yang dikenali sebagai Sarugashima.

Tahun ini, kakitangan zoo membawa dua blok ais ke kawasan pameran dan memecahkannya di atas tanah untuk memudahkan monyet-monyet itu mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Monyet-monyet itu tidak membuang masa untuk melompat ke arah ais. Ada yang menikmati hidangan diliputi ais, manakala yang lain hanya menekan badan mereka pada ais untuk merasai kesejukannya.

"Monyet suka ais," kata pengarah zoo, Toshikuni Nihonmatsu.

"Ia sejuk dan menyegarkan, jadi ada yang berjalan sambil memegang ketulan ais itu. Tahun ini panas seperti biasa, jadi saya mahu mereka menikmati hadiah kami sehingga senja." - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!