'Gambar kahwin masih elok walaupun album tenggelam banjir'

Nur Ayu Fazira menunjukkan gambar perkahwinannya yang masih elok walaupun kediaman keluarganya terjejas banjir dalam insiden kepala air di Kampung Pasir, Kampung Ulu Slim di Tanjung Malim.
Nur Ayu Fazira menunjukkan gambar perkahwinannya yang masih elok walaupun kediaman keluarganya terjejas banjir dalam insiden kepala air di Kampung Pasir, Kampung Ulu Slim di Tanjung Malim.
A
A
A

TANJUNG MALIM - "Walaupun kotak album basah terkena lumpur, gambar kahwin masih elok," luah mangsa banjir, Nur Ayu Fazira Seffee.

Suri rumah berusia 26 tahun itu gembira apabila album kenangannya itu ditemukan dalam keadaan baik meskipun kediaman keluarganya dinaiki air lebih satu meter dalam insiden kepala air pada Jumaat lalu.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah mentua dan bila balik rumah, saya lihat air tinggi, saya fikir mesti semua barang rosak kerana terendam dalam air.

"Ketika bersihkan bilik pun, semua dokumen seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dokumen berkaitan sudah rosak. Album gambar juga sudah tenggelam separuh.

"Apabila diperiksa, saya terkejut juga apabila album perkahwinan yang diletakkan di atas rak dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, gambar perkahwinan empat tahun lalu itu masih disimpan rapi.

Tambah Nur Ayu Fazira, kejadian banjir akibat kepala air itu adalah terburuk dialami keluarganya sepanjang 40 tahun tinggal di Kampung Pasir di sini.

"Sebaik sahaja diberitahu jiran, saya terus bergegas balik ke rumah. Usaha hubungi kedua ibu dan ayah gagal kerana telefon bimbit mereka terendam air.

Artikel Berkaitan:

"Ibunya pula baru sembuh dari strok. Saya berasa lega apabila kedua-duanya selamat dibawa keluar," katanya.

Nur Ayu Fazira berkata, ibunya masih bersedih akibat kejadian itu tambahan lagi selepas melihat keadaan rumah yang diselaputi lumpur.

Media melaporkan muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting di Ulu Slim di sini, pecah menyebabkan kejadian kepala air yang mengakibatkan 175 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua PPS.

Dalam kejadian itu, arus deras mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan termasuk Jambatan Lama Sungai Slim yang menjadi saksi pertempuran 'Battle of Slim'.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!