Permintaan petrol di Singapura menurun, stesen minyak jadi kios makanan segera

Pengunaan petrol di Singapura semakin menurun akibat penggunaan EV. Agensi
Pengunaan petrol di Singapura semakin menurun akibat penggunaan EV. Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Bilangan stesen minyak di Singapura menurun sejak dua dekad lalu ekoran penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat.

Keadaan itu juga menyebabkan pemilik stesen minyak sedia ada mengalihkan perniagaan mereka dengan menawarkan penjualan barangan runcit seperti sushi, teh, makanan segera, roti bakar kaya bagi menarik pelanggan ke premis mereka.

Pada masa ini, terdapat 184 stesen minyak di Singapura. Ia didapati berkurangan sebanyak 17.1 peratus daripada zaman kemuncaknya sebanyak 222 stesen pada 2003.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata, mereka sedang mempertimbangkan keperluan tanah negara serta trend utama penggunaan EV yang semakin meningkat apabila terpaksa mengetepikan tanah untuk pembinaan stesen minyak.

Ia menunjukkan bahawa sebilangan stesen minyak di Singapura telah 'stabil' dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, permintaan petrol semakin menurun yang mana pakar mengaitkan dengan teknologi automatif jimat bahan api dan penggunaan EV.

Data daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), menunjukkan purata perbatuan tahunan sebuah kereta pada 2023 mencapai 16,300 kilometer (km) telah menurun kepada 19.3 peratus daripada 20,200 km pada 2003.

Jarak perjalanan yang lebih pendek turut menyaksikan kebanyakan kereta memerlukan lebih sedikit bahan api.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pembuatan kereta baharu jimat minyak atau kenderaan hibrid telah mengurangkan permintaan petrol di Singapura. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!