IWK guna teknik pembersihan cari mangsa tanah jerlus

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif (tengah) ketika melawat kawasan seorang wanita warganegara India yang dipercayai terjatuh lalu tertimbus tanah mendap di Masjid India pada Ahad. Foto Bernama

A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pihak Indah Water Konsortium (IWK) akan menjalankan teknik pembersihan di hiliran dalam usaha mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India pada Ahad.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, kerja-kerja pencarian diteruskan di lurang kumbahan lima berdekatan Agro Bank dan lurang kumbahan keenam berdekatan bulatan Kinabalu oleh pasukan penyelamat.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sedang menjalankan carian di Loji Pantai Dalam.

"Pihak IWK telah mempunyai pemetaan yang lengkap dan bersetuju untuk menjalankan ujian di kawasan ini," katanya pada sidang akhbar di lokasi pada Ahad.

Dr Maimunah meninjau lokasi mangsa terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Masjid India di Kuala Lumpur.
Dr Maimunah meninjau lokasi mangsa terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Masjid India di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Pasukan penyelamat yang terlibat dalam Operasi mencari dan menyelamat itu antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi itu.

Pasukan SAR turut menemukan selipar dipercayai milik wanita warga India terbabit pada hari pertama pencarian.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!