Tanah jerlus Masjid India: Pasukan khas kaji struktur tanah

Dr Maimunah
Dr Maimunah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengkaji struktur tanah bagi memastikan kawasan di sekitar Masjid Tanah di sini selamat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pasukan khas terbabit dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan diaktifkan secepat mungkin.

"Kita dimaklumkan oleh JMG jenis tanah di lokasi kejadian sesuai untuk pembangunan.

“Bagaimanapun, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak dan melihat kawasan ini," katanya pada sidang akhbar di lokasi, pada Ahad.

Ditanya berhubung video tular di media sosial mendakwa Kuala Lumpur tidak selamat, beliau berkata, dakwaan tersebut mestilah disokong bukti dan kajian terperinci.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur ini dah lama dibina dan selama ini ia selamat.

“Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti-bukti dan kajian-kajian yang terperinci,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, pihaknya akan mengutamakan keselamatan pasukan terutamanya anggota yang menyelam dalam lurang kumbahan terdedah dengan gas di pembentung.

Artikel Berkaitan:

“Mereka (penyelam) dibantu alat iaitu breathing metabolic simulator (BMS),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!