Polis cari gelandangan saksi kejadian tanah jerlus

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mencari seorang lelaki dipercayai saksi kejadian insiden tanah jerlus melibatkan wanita warga India dekat Jalan Masjid India di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata, individu terbabit dipercayai gelandangan itu berada di lokasi kejadian berkenaan.

"Lelaki terbabit merupakan salah seorang individu yang duduk di kerusi batu berdekatan lubang jerlus berlaku menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Identiti dan segala maklumat berkaitan individu itu telah diperoleh dan usaha mengesannya sedang dijalankan," katanya di lokasi kejadian tanah jerlus dekat Jalan Masjid India pada Ahad.

Katanya, seramai lima individu yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa telah dirakam keterangan setakat ini.

"Mereka terdiri daripada adik perempuan mangsa yang ketika kejadian dia berjalan di depan tidak jauh dari mangsa, kesemua mereka telah dirakam keterangan.

"Sebaik berlaku tanah jerlus, dia menjenguk ke dalam lubang tanah jerlus dan mendapati kakaknya sudah tidak kelihatan lagi," katanya.

Sementara itu, Sulizmie berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga diteruskan melibatkan kekuatan anggota seramai 104 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan dan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat lalu, media melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!