SPRM sita 1.6 juta liter diesel, rampas wang tunai RM3.7 juta

Operasi dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) dan Skuad Taktikal Khas SPRM turut disertai KPDN menyerbu sebuah depoh penyimpanan minyak dekat Sungai Bidut di Sibu, Sarawak.
Operasi dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) dan Skuad Taktikal Khas SPRM turut disertai KPDN menyerbu sebuah depoh penyimpanan minyak dekat Sungai Bidut di Sibu, Sarawak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan sindiket penyeludupan menjual diesel kepada pihak luar selain merasuah penguat kuasa terbongkar susulan serbuan yang dijalankan di sebuah depoh penyimpanan minyak dekat Sungai Bidut di Sibu, Sarawak pada Ahad.

Operasi dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) dan Skuad Taktikal Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, operasi dijalankan memberkas lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM3.7 juta, dua tongkang serta 30 tangki membabitkan kira-kira 1.6 juta liter diesel.

"Selain itu, tangkapan turut dijalankan membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 30 hingga 60-lan di Pejabat SPRM Cawangan Sibu ketika keterangan mereka diambil sekitar jam 4 petang.

"Mereka yang ditahan ini antaranya pengusaha stesen minyak dipercayai menjadi dalang kegiatan penyeludupan serta individu berperanan sebagai orang tengah dipercayai terbabit urusan jual beli dengan pembeli luar," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, risikan dijalankan mendapati sindiket ini bergiat aktif sejak 2012 selain mengaut keuntungan RM400 juta dengan menjual minyak diesel bersubsidi untuk kegunaan nelayan kepada pihak luar pada kadar harga tertentu.

Sindiket dipercayai memindahkan minyak diesel daripada tangki dikhaskan untuk nelayan ke dalam tongkang yang berlabuh di depoh berkenaan.
Sindiket dipercayai memindahkan minyak diesel daripada tangki dikhaskan untuk nelayan ke dalam tongkang yang berlabuh di depoh berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Sindiket ini dipercayai telah memindahkan minyak diesel daripada tangki dikhaskan untuk nelayan ke dalam tongkang yang berlabuh di depoh berkenaan.

"Minyak berkenaan kemudiannya dipindahkan ke kapal milik pembeli dari negara luar pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa," katanya.

Azam berkata, serbuan turut mengesan dua tongkang yang sedang berlabuh dan sudah diisi dengan kira-kira 160,000 dan 100,000 liter diesel.

"Pemeriksaan mendapati terdapat 30 tangki minyak yang dipercayai tidak mempunyai permit untuk menyimpan diesel terbabit.

"Kesemua sitaan diesel ini diserahkan kepada KPDN bagi tujuan penjualan semula kepada pelesen yang sah," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu bagi proses permohonan reman.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, selain Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!