Usah puji melangit pemain

Aaron (kanan) dan Khai Xing akan melalui proses tertentu sebelum didedahkan dengan kejohanan lebih besar. Foto FB BAM
Aaron (kanan) dan Khai Xing akan melalui proses tertentu sebelum didedahkan dengan kejohanan lebih besar. Foto FB BAM
A
A
A

TEKANAN atau pujian melampau kepada pemain terutama atlet muda boleh menyekat potensi mereka untuk mengembangkan karier dengan baik.

Pesanan tersebut dititip Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky buat semua pihak.

Beliau mengambil pengajaran atas apa yang berlaku kepada bekas beregu lelaki emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Tambahnya, prestasi pasangan itu merosot disebabkan tekanan dan dihujani dengan kata-kata sanjungan.

"Saya berharap orang ramai, terutamanya peminat agar memberi ruang buat pemain-pemain muda untuk melalui proses langkah demi langkah.

"Ia bagi memenuhi potensi yang ada pada diri masing-masing," katanya.

Justeru jurulatih dari Indonesia itu mahu menerapkan aspek berkenaan kepada beregu lelaki muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing.

Rexy mengulas mengenai kesediaan untuk segera menghantar gandingan itu ke kejohanan lebih besar di pentas antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Pertama sekali, saya mahu memahami mentaliti pemain-pemain muda kita terlebih dahulu.

"Jika anda semua ingat, ketika Kien Keat berumur 21 tahun dan Boon Heong 19 tahun, mereka disiram dengan pujian atas kejayaan awal mereka.

"Bagaimanapun, prestasi mereka selepas itu menjadi tidak konsisten, ibarat layang-layang yang terbang di udara. Aaron dan Kang (Khai Xing) masih muda, jadi saya tidak mahu mereka berdepan dengan tekanan," katanya.

Mereka ketika ini berada di kedudukan nombor satu dunia bagi kategori remaja, manakala nombor 83 untuk ranking dunia.

Pasangan muda negara itu juga meraih pingat perak pada Kejuaraan Remaja Asia di Yogyakarta bulan lalu.

Dalam aksi final mereka tewas kepada beregu China, Hu Keyuan-Lin Xiangyi 13-21,11-21.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!