Gara-gara adik kuat mengadu, abang tikam bapa hingga maut

Lokasi rumah mereka yang berada di Desa Kesugengan Kidul, Kecamatan Depok, Kabupaten Cirebon.- Agensi
Lokasi rumah mereka yang berada di Desa Kesugengan Kidul, Kecamatan Depok, Kabupaten Cirebon.- Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang anak tergamak menikam bapanya hingga maut gara-gara bengang dimarahi berpunca adiknya yang kuat mengadu.

Kejadian berlaku di di Desa Kesugengan Kidul, Kecamatan Depok, Kabupaten Cirebon pada Jumaat, 23 Ogos lalu.

Ketua Kampung Desa Kesugengan Kidul, Wardinah yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian memilukan itu terjadi sekitar jam 3.30 petang (waktu tempatan) di belakang rumah mereka.

"Kronologinya begini, suspek pada mulanya pergi ke sungai yang terletak hanya 300 meter dari rumah, yang pada masa itu dia melihat adiknya sedang mencuci baju.

"Suspek kemudiannya melempar batu kepada adiknya, yang membuatkan dia pulang dan mengadu kepada ayahnya," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Susulan aduan adiknya itu, ayah suspek Jana, 79, lantas memarahi suspek K, 29, maka dari situ berlakulah pertikaman lidah antara mereka, hingga akhirnya suspek mengeluarkan sebilah pisau.

"Pisau sepanjang 15 sentimeter itu digunakan suspek untuk menikam mangsa di bahagian perut sehingga mangsa meninggal dunia," katanya lagi.

Suspek kini telah ditahan polis dan akan dibawa ke balai polis Cirebon untuk tindakan lanjut.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!