Anwar hadiri rundingan pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini

Anwar membincang sesuatu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selepas selesai mempengerusikan mesyuarat 'pre-council' Malaysia bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan malam tadi. - Foto: Bernama
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Aug 25 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim discussing with Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor after chairing Malaysia's pre-council meeting in conjunction with the 25th Annual Leaders' Consultation between Malaysia and Brunei Darussalam in Bandar Seri Begawan tonight.
--fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
Anwar membincang sesuatu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selepas selesai mempengerusikan mesyuarat 'pre-council' Malaysia bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan malam tadi. - Foto: Bernama --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA BANDAR SERI BEGAWAN, Aug 25 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim discussing with Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor after chairing Malaysia's pre-council meeting in conjunction with the 25th Annual Leaders' Consultation between Malaysia and Brunei Darussalam in Bandar Seri Begawan tonight. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
A
A
A
BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di sini hari ini.

Anwar dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pagi ini dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk melibatkan sempadan darat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara dijadual mengiringi Anwar.

Perdana Menteri yang tiba di sini malam tadi, dijadual pulang ke ibu negara pada sebelah petang ini, mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Brunei.

Sebelum ini, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Nur Ezira Mahadi berkata, sebagai jiran rapat dan rakan kongsi ASEAN, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Beliau berkata pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar akan meneliti semula kemajuan kerjasama dua hala dan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara.

Nur Ezira berkata rundingan itu juga akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara, yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan.

Pada 2023, Brunei adalah rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion (AS$2.04 bilion).
Artikel Berkaitan:


Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Malaysia mencatat jumlah dagangan sebanyak RM3.53 bilion (AS$0.75 bilion) dengan Brunei. - Bernama

-- BERNAMA

TAG:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!