Ketua PBB suarakan kebimbangan selepas Hizbullah, Israel berbalas serangan
"Tindakan ini membahayakan nyawa penduduk serta menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.
"Setiausaha Agung menggesa untuk meredakan ketegangan dan menyeru pihak-pihak terlibat segera melaksanakan Resolusi 1701 (2006) serta menghentikan segala bentuk permusuhan,” kata Stephane Dujarric.
Pejuang Hizbullah melancarkan lebih 320 roket ke arah kedudukan tentera Israel, menurut kenyataan pergerakan Lubnan itu pada Ahad.
Terdahulu, Hizbullah mengumumkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di pinggir selatan Beirut yang mengakibatkan kematian komander kanan mereka, Fuad Shukr.
Peningkatan ketegangan ini berlaku di tengah-tengah serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 40,300 rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!