Liverpool teruskan rentak kemenangan

Salah
Salah
A
A
A

LIVERPOOL meneruskan rentak kemenangan apabila meraih tiga lagi mata ketika melayan kunjungan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield.

Kemenangan 2-0 yang dijelmakan hasil jaringan setiap babak Luis Diaz dan Mohamed Salah membolehkan Liverpool mengumpul enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Liverpool kendalian Arne Slot sebelum ini membuka gelanggang EPL dengan kemenangan 2-0 ke atas Ipswich Town di Portman Road menerusi gol disumbangkan Diogo Jota dan Salah.

Gol Salah juga menyaksikan pemain Mesir itu kini menjadi penjaring terbanyak kelima Liverpool di Anfield dalam semua pertandingan dengan 118 gol, mendahului Robbie Fowler.

Sebagai rekod, kali terakhir Liverpool menang dua perlawanan berturut-turut selepas aksi pembukaan liga ketika era Graeme Souness pada 1991.

Tiga mata diraih buat anak buah Slot juga disifatkan satu motivasi sebelum Liverpool berkunjung ke Stadium Old Trafford bagi berdepan Manchester United, 1 September depan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!