Op Samseng Jalanan: 115 motosikal disita, 153 saman dikeluarkan

Polis mengadakan Op Bersepadu Samseng Jalanan dan menyita 115 motosikal di Jalan Skudai-Pantai Lido. Foto IPD Johor Bahru Selatan
Polis mengadakan Op Bersepadu Samseng Jalanan dan menyita 115 motosikal di Jalan Skudai-Pantai Lido. Foto IPD Johor Bahru Selatan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 115 motosikal disita selain 153 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Skudai-Pantai Lido.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam operasi bermula pada jam 5 petang, Ahad sehingga awal pagi Isnin, sebanyak 257 motosikal dan 286 individu diperiksa.

Menurutnya, operasi dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Anggota JAS melakukan pemeriksaan bunyi ekzos motosikal.
Anggota JAS melakukan pemeriksaan bunyi ekzos motosikal.

"Selain tiada lesen memandu, mereka yang ditahan turut melakukan kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan ubah suai motosikal.

"JPJ turut mengeluarkan 54 saman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.

"Sementara JAS pula mengeluarkan 46 saman kompaun dan 52 notis arah periksa terhadap kenderaan yang didapati gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi ekzos yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Skudai-Pantai Lido. - Foto IPD Johor Bahru Selatan
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Skudai-Pantai Lido. - Foto IPD Johor Bahru Selatan

Raub memberitahu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seskyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kerjasama daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi bersepadu kali ini merupakan langkah positif dalam memastikan keselamatan dan kesedaran pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal mengenai undang-undang lalu lintas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!