Mbappe masih gagal ledak gol
PASUKAN gergasi Sepanyol, Real Madrid memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Real Valladolid dalam aksi La Liga pada awal pagi Isnin, namun Kylian Mbappe masih gagal meledak gol saingan liga itu.
Penyerang Perancis itu bermain buat kali pertama di tempat sendiri tetapi dihampakan dengan kawalan pertahanan yang dilakukan pemain Valladolid.
Pemain tengah Madrid Fede Valverde membuka jaringan selepas 50 minit dan pemain gantian Brahim Diaz serta Endrick menjaringkan gol pada lewat permainan.
“Kami terlalu perlahan pada separuh masa pertama, separuh masa kedua kami lebih aktif, lebih banyak pergerakan, lebih pantas dengan bola,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.
Mbappe menjaringkan gol pada penampilan sulungnya dalam kemenangan Piala Super UEFA tetapi dalam La Liga, gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pembukaannya.
“Dia seorang penyerang yang hebat, sangat pantas, bergerak dengan baik tanpa bola, menyerang di belakang, dia mempunyai tiga atau empat peluang (yang) dicipta dengan pergerakannya.
“Dalam kedudukan ini, dia akan menjaringkan gol seperti selalu menjaringkan gol, saya tidak fikir dia perlu bermain dari kiri, di bahagian tengah dan akhirnya dia akan menjaringkan gol," tambah Ancelotti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!