Kementerian Kesihatan Gaza terima lebih 1 juta dos vaksin polio

Seorang kanak-kanak perempuans Palestin diperiksa oleh doktor di tengah-tengah kebimbangan mengenai penyebaran polio selepas kes pertama dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan, di Hospital Al-Aqsa Martyrs, di Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza 18 Ogos lalu. Foto Reuters

A
A
A
GAZA CITY - Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan lewat Ahad bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio, lapor Agensi Anadolu.

"Sebanyak 1.26 juta dos vaksin polio OPV2 telah tiba bersama dengan 500 peti penyejuk vaksin.

"Persediaan sedang dijalankan untuk melancarkan kempen vaksinasi ini dengan kerjasama rakan-rakan kongsi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pada 16 Ogos, kementerian mengumumkan kes pertama polio di Semenanjung Gaza dalam tempoh 25 tahun di bandar Deir al-Balah.

Kes melibatkan seorang bayi berusia 10 bulan yang belum menerima sebarang dos vaksin polio.
Artikel Berkaitan:

Penyakit ini terutamanya memberi kesan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dengan satu daripada 200 jangkitan membawa kepada lumpuh.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara lima hingga 10 peratus daripada mereka yang mengalami lumpuh meninggal dunia disebabkan kegagalan otot pernafasan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!