Tanah jerlus Masjid India: Misi SAR masuk hari keempat

Operasi SAR membabitkan seorang wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada hari keempat.
Operasi SAR membabitkan seorang wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada hari keempat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan seorang wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada hari keempat.

Selain petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pencarian, pihak Indah Water Konsortium (IWK) turut dilihat berada di lokasi kejadian melakukan teknik 'flushing' bagi mengesan mangsa berusia 48 tahun itu.

Pihak IWK turut dilihat berada di lokasi kejadian melakukan teknik 'flushing' bagi mengesan mangsa berusia 48 tahun itu.
Pihak IWK turut dilihat berada di lokasi kejadian melakukan teknik 'flushing' bagi mengesan mangsa berusia 48 tahun itu.

Petugas IWK menggunakan jentera mereka untuk membuat 'flushing' di satu kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi utama mangsa terjatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman yang tiba di lokasi kejadian meminta pihak media bersabar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kata beliau, maklumat terkini akan dimaklumkan sekiranya terdapat keperluan.

"Saya masih belum boleh memberi sebarang maklumat ketika ini dan kita biarkan pihak bertugas menjalankan kerja-kerja mereka," katanya pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!