41 pemandu mabuk kena cekup
JOHOR BAHRU - Seramai 41 pemandu ditahan dalam Op Khas Mabuk, di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, operasi khas yang dijalankan mulai Jumaat hingga Ahad itu turut menyaksikan sebanyak 625 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Bagi mengekang pesalah mabuk tegar, satu operasi khas telah dijalankan secara menyeluruh mulai 23 hingga 25 Oktober 2024.
"Hasil operasi yang telah dijalankan, seramai 42 individu dengan pecahan 40 lelaki dan dua perempuan berusia antara 25 hingga 68 tahun ditahan," katanya.
Katanya, kesemua yang ditahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seorang lelaki turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"Pada operasi berkenaan, seramai 1,824 individu serta 1,585 kenderaan turut diperiksa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!